Bahasa Jiwa Bangsa

Tokoh Bahasa: Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong

21 December 2015

Sumber gambar:
http://www.uim.edu.my/v2/

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong ialah Profesor Linguistik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) di sana.

Dari segi kelayakan akademik, Prof. Dato’ Dr. Teo memiliki empat ijazah dalam pengkhususan linguistik. Dua diperoleh daripada universiti tempatan, iaitu Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Malaya pada tahun 1982, dan Sarjana Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Dua lagi diperoleh daripada The University of California at Berkeley, Amerika Syarikat, iaitu Masters of Arts pada tahun 1991 dan Doctor of Philosophy...


|  Sumber: mybukhari.net |


Biodata
Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong ialah Profesor Linguistik, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) di sana.

Dari segi kelayakan akademik, Prof. Dato’ Dr. Teo memiliki empat ijazah dalam pengkhususan linguistik. Dua diperoleh daripada universiti tempatan, iaitu Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Malaya pada tahun 1982, dan Sarjana Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Dua lagi diperoleh daripada The University of California at Berkeley, Amerika Syarikat, iaitu Masters of Arts pada tahun 1991 dan Doctor of Philosophy pada tahun 1993.

Sehubungan keahlian beliau dalam bidang bahasa, Prof. Dato’ Dr. Teo dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa bahasa Melayu. Antaranya sebagai Pakar Bahasa dalam Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, selain sebagai ahli Jawatankuasa Bahasa, Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan, ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Bahasa Melayu Institusi Pengajian Tinggi Nusantara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan ahli Kumpulan Pakar Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa, di Melaka.

Sehubungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Prof. Dato’ Dr. Teo adalah salah seorang ahli Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara pada tahun 2012. Lanjutan daripada ini, beliau dilantik sebagai seorang daripada 11 orang anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk tempoh tahun 2014-2016.

Atas keahlian dan sumbangan Prof. Dato’ Dr. Teo dalam bahasa Melayu, beliau dianugerahi Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012, oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam Majlis Profesor Negara, Prof. Dato’ Dr. Teo ialah Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya.

------------------------
Maklumat berkaitan:



1 komentar :

Anonymous said...

It is very sad that as an academic you can put down vernacular schools, saying that they are a breeding ground for disunity but you don't have the bravery to comment on islamic schools that only cater to Muslims. Isn't it in the same category as the vernacular schools.


Bahasa Jiwa Bangsa